Tuesday, 17 December 2013

Clubfoot Treatment di XX~ Part II



Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Pagi :)

Hello readers!

4th post u'olls~ hahaha
*rasa kelakar la pulak :P



Special shoes with bar, after Tenotomy (surgery) and 3 weeks casted a.k.a P O P.

Setelah disahkan bahawa baby Scha mengalami CLUBFOOT a.k.a Talipes, di usia 11 hari lagi kami dah bawa baby utk mendapatkan rawatan di XX.  Rawatan berterusan sehinggalah ke final step which is tenotomy dan simen selama 3 minggu. Dan selepas itu baby perlu memakai kasut khas dengan bar selama 23 jam dan masa pemakaian akan berkurang seiring usia bayi.

Dennis Brown Shoes with bar, jenis kasut yang baby Scha gunakan.

Ikhlas dari hati, kami suami isteri memang mengalami kepayahan utk pakaikan baby dengan special shoes with bar tu.  Tidak kira siang atau malam, once kami nak pakaikan kasut tu, baby akan menagis dan menjerit sekuat-kuat nya sehingga berjam-jam. Tapi bila kasut tu dibuka, automatically baby akan senyap.  Kami juga menghadapi masalah untuk pakaikan baby kasut tu sebab masing-masing bekerja.

Ada juga Scha google utk cari sebab kenapa jadi macam tu. The results, ada yang kata sebenarnya kaki baby bukan sakit sebab kasut, tapi sebab frust kaki tak bebas. Ada yang kata sebab kasut berat. Macam-macam la.  Tapi as a mother, Scha dapat rasakan yang kaki baby Scha belum corrected sepenuhnya, dan sebab tu bila pakaikan special shoes tu dia menangis. Lastly, we end up dengan tak pakaikan baby special shoes tu. 

In addition, dengan keadaan baby macam tu, kami mengalami masalah untuk mendapatkan pengasuh atau taska untuk pakaikan special shoes tu. Start Scha naik kerja setelah cuti bersalin selama 3 bulan adik ipar yang  membantu menjaga baby.  Walaupun adik ipar baru berusia 22 tahun, masih muda dan tiada pengalaman, masih juga gagahkan diri untuk membantu, mungkin sebab kesian tengok kakak dengan abang dia kot, . hehehe.. TERIMA KASIH! Budi baik Nurshazlin Ab Rahman, Allah sahaja yang dapat membalas~ 

Tak lama selepas itu, In laws Scha termasuk adik ipar yang jaga baby Scha tu bercadang hendak menunaikan umrah.  Jadi otak ni ligat fikir, nak hantar baby dekat mana.  Cari punya cari, kami dapat taska di area Sentul.  Dalam 2 minggu je Taska jaga anak Scha. Kemudian, satu petang tu masa nak ambil anak dari Taska, tuan taska tu kata dia dah tak nak jaga anak Scha. Anak Scha tak boleh nak diri betul-betul masa mandi. Jadi menyusahkan dia, dan dia dah tak nak jaga. Scha terkelu masa tu. Tak boleh nak cakap apa. Scha ambil barang dan dukung baby, bawak masuk dalam kereta. Perasaan Scha sedih sangat masa tu. Air mata berlinang mencurah-curah. Scha peluk baby erat-erat. Sampai hati tuan taska tu cakap macam tu. Apa dosa anak Scha. Bukan Scha dan Mr Hubby minta anak kami kena dugaan yang macam tu. Sejam Scha di tempat parking taska tu. Termenung sambil menangis. Scha tengok anak Scha, rasa kesian sangat-sangat. Dalam hati Scha, Scha janji Scha dan Suami akan usaha yang terbaik untuk pulihkan anak kami..

2 bulan selepas itu.

Selepas appointment kami yang terakhir dengan Dr di XX, which is appointment utk pakaikan special shoes tu, kami perlu datang lagi appointment untuk check kaki untuk tahu sama ada kaki itu semakin normal atau relapse. 

Macam biasa, kami datang appointment pukul 2. Masalah parking. Daftar, tunggu nombor giliran itu ini.  Akhirnya tiba giliran kami untuk berjumpa Dr.  Dr check kaki baby, ukur dan stretching.  Dr kata kaki baby Scha relapse semula. Scha memang dah agak dah. Sebabnya, dari last final treatment lagi Scha memang rasa yang tapak kaki baby Scha memang betul-betul belum  fully corrected lagi.  Macam mana nak pakaikan kasut. So suggestion Dr, baby Scha kena mula semula rawatan kaedah Ponseti tu, maksudnya kena MULA SIMEN DARI STEP 1.  Arghhhhhhhhhhh!! Stress nya!!!  


So, next entry Scha akan share pengalaman Scha untuk 2nd treament for Clubfoot di XX!

Stay tune and Spread the Love~




First Post~ 16 Dec 2013 Wuhuuuu!

Alhamdulillah, syukur..  :) 

At last!  scha dapat jugak buat blog! Yeay for me!! hehe.. Btw, the main purposes scha buat blog ni sebab nak share anything that useful and 'SPREAD THE LOVE' to all the readers out there.. haa nampak tak niat tu? 


Hati seceria taman~ . 


See, 

Right now hati ni mmg seceria taman~ ye la, mood mula2 buat blog kan.. harap2 berterusan la.. Aminn..

*Btw, saje je letak pic sbb nak bagi post nampak panjang. First entry kan.. haha

Alright then,

See you guys on the next post ya! 

Assalamualaikum.



Monday, 16 December 2013

Treatment Clubfoot di XX~ PART I

Assalamualaikum w.b.t,

Hello! 3rd posts u'olls.. haha  :)

Alright, seperti yang dijanjikan, Scha nk share pengalaman buat treatment bagi "CLUB FOOT"baby Scha di PPUM.  Nama-nama hospital, staf dan sewaktu dengannya yang berkait dengan  story yang sya nak cerita ni bukan niat nak mengutuk/mengfitnah atau apa. Sekadar teguran dan dorongan utk perbaiki lagi servis dan kemahiran di masa hadapan.

Hopefully, parents di luar sana yg juga mengalami masalah yg sama seperti yg Scha hadapi boleh jadikan nya sebagai panduan. Baca, fahamkan, fikir dan bertindak. Pilihan ditangan anda~  


Pada 4 Dis 2012, 

Scha, Mr. Hubby dan baby telah hadir ke PPUM utk appointment dan seterusnya mendapatkan rawatan di PPUM.  First impression masa datang hospital, i was like susahnya nak cari parking :( But since Scha pun masih dlm pantang, so hubby turunkan Scha dulu. Then hubby cari parking. Selepas 1 jam lebih, baru dapat parking. fuhhh~

Pendaftaran,

Kami daftar dulu di Klinik Pediatrik Ortopedik, Tingkat 1. Semasa menunggu nombor giliran, Scha tengok ramai juga baby yg kena "CLUBFOOT" ni. Melayu, Cina, India tak kira bangsa. Semua datang untuk dapatkan rawatan dan dengan penuh harapan agar anak masing2 pulih dan dapat berjalan seperti anak2 normal yang lain. Appointment yg sepatut nya berjalan pukul 2 petang, tertangguh sampai pukul 4 sebab ramai sangat orang.  Dinasihatkan supaya datang lebih awal dan makan kenyang2 dirumah terlebih dahulu.


Review dari Dr.

Jumpa Dr, Dr check kaki baby dan terangkan condition kaki baby Scha yg sebenarnya.  Kata Dr, both legs are affected with clubfoot. But the left foot are much more complex than the other one. Kaedah rawatan yang digunakan di hospital ini adalah kaedah Ponseti (Ponseti Method). Which is Dr akan simen utk beberapa kali, dan bila tapak kaki dah normal, minor surgery (tenotomy) akan dibuat.  Gulp~ berderau darah bila dengar perkataan SURGERY! 

Lepas review itu ini, kami di bawa ke Plaster Room utk simen kaki baby. Kiranya, hari ni jugak start treatmentnya.  Dr baringkan baby, pembantunya pegang kaki baby.  Dr balut keliling kaki dengan pembalut kapas sampai ke peha. Baby Scha da mula menangis2 dan meronta, uhh kesian rasanya bila tengok keadaan baby. Kemudian Dr siap balut, Dr rendam pembalut  plaster  dalam air, dan mula balut keliling kaki baby. Dr balut dalam keadaan baby Scha meronta-ronta. Sabar je la.


Kaedah tanggalkan Simen a.k.a  P O P 

Untuk tanggalkan simen pula, parents kena tanggal sendiri. Simen tu kena rendam dalam air, then akan lembut dan kita boleh tanggal guna tangan je.

*Cakap mudah, tapi menanggalnya bukan main payah. Seriously! Scha tak tau la kalau org lain senang nak tanggal kan, tp memang berpeluh jugak la nk letak si kecik tu dalam bathtub penuh air. Dengan meronta nya lagi. haiii~

Lepas habis simen, Mr. Hubby dapatkan appointment utk next week sebab katanya simen ni kena tukar seminggu2 sampai kaki baby betul2 normal.  On the way balik, meleleh2 air mata Scha sbb tak tertahan hati ni tengok baby yg baru berusia 11 hari kena simen.  Rasa kesian sangat2. Hubby minta Scha utk kuatkan semangat, ini semua untuk kebaikan dan masa depan anak kami.  :(



Keadaan kaki yang disimen 


Dipendekkan cerita,

Selepas 8 kali disimen, baby Scha dikehendaki utk menjalani minor surgery (Tenotomy).  Kiranya ni last step bagi Ponseti Method. Tapi sepanjang treatment, Scha tak pernah tengok Dr atau pembantu nya ambil gambar sebelum dan selepas setiap kali sesi treatment.  Dalam otak ni terfikir jugak, if tak snap, mcm mana nak bandingkan tapak kaki yang sebelum treatment dan selepas.  Hmm curious betul~

*Pengajaran utk parents diluar sana, scha tak suarakn pd Dr sbb Scha fikir Dr tahu apa yg dia buat. Ini kesilapan Scha. Dan Scha sangat menyesal. So please, if anything crossed inside your mind, please ask the Dr. 

Selepas tenotomy, kaki baby akan disimen selama 3 minggu dan selepas dibuka, baby Scha perlu memakai kasut khas dengan bar, (Ponseti Shoes) selama 23 jam sehari sehingga dia boleh berjalan. Then kadar pemakaian kasut akan berkurang seiring umur baby.  

During tenotomy, parents tak dibenarkan masuk ke Plaster Room. Cuma boleh tinggalkan susu dan masuk bila dipanggil sahaja.  hmmm.. baby Scha menjerit, menangis tak boleh nak cerita.  Bergema satu floor tu dengan suara baby.  Actually, Scha ni bukan jenis yg mudah menangis.. tapi bila ada anak ni, tersentuh nye lain macam.  Tak pasal2, join menangis sekali kat kerusi luar Plaster Room tu. 


Selepas Tenotomy. Terus tidur sebab penat menangis  :'(

Selesai je, siap simen semua Dr panggil masuk. Scha sempat terpandang atas meja penuh percikan darah. Ya Allah! Scha terus meluru, peluk baby.  Apa lah yang diorang buat ni?! Hmm, lepas 3 minggu kami perlu datang lagi utk appointment pakaikan kasut khas tu. Tapi kali ni Scha tak dapat nak join sekali sebab kebetulan tarikh yg sama Scha masuk keje lepas bersalin. So, Mr. Hubby pergi dengan adik ipar.  Dekat rumah, Mr. hubby dengan Scha dah siap2 tanggalkan simen dulu. Lepas cuci bersih, Scha tengok tapak kaki baby tak betul2 correct lg.  Hati mula dah tak sedap.

Dkt office, Mr. Hubby call kata baby refuse utk pakai kasut.  Asyik menangis je.. 
ada juga jumpa Prof yang pakar pasal Clubfoot ni dekat XX utk dapatkan nasihat dan punca kenapa baby meragam bila pakai kasut khas tu. Tapi tak pasti lah Prof tu salah dengar ke apa, dia marah pulak Scha. Cara dia jawab, seolah2 macam kita tak nak pakai kan kasut dekat anak kita.  Geram betul!!! Orang tanya lain, jawab lain. Takkan lah kitorang sengaja tak nak pakaikan baby kasut tu.  Bila pakai je meraung, mesti lah ada yang tak kena! Sampai sekarang Scha ingat nama Prof tu. Huh~~


baby with shoes and bar


Sebelum Scha meletup, better STOP dulu menaip.

Rosak motherboard ni karang. hehe..





So, i guess see u guys on the next post!


Assalamualaikum.


Clubfoot di Malaysia. Anak anda mengalaminya?


Assalamualaikum w.b.t,




Little Pumpkin :)


Wah! 2nd post u'olls.. :)


Yup, baby comel tu baby Scha. Maka haruslah anak yg comel sama seperti ummi nye yg comel. haha.. Btw, percaya atau tidak, baby Scha adalah salah seorang yang terpilih di Malaysia ni yang mengalami "CLUBFOOT" ataupun dikenali sebagai Talipes.

Sepanjang treatment, pelbagai siri rawatan kami cuba, dari Malaysia hinggalah ke Bangkok, Thailand. Air mata, masa dan wang dah macam kawan rapat.  Scha dan hubby sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik kepada anak kami. Alhamdulillah kami juga mendapat sokongan sepenuhnya dari ayah emak/mertua, adik beradik/in laws, kawan2 dan majikan. Kami yakin dan percaya, semua yang berlaku ini  atas izin Allah.  Usaha dan kejayaan juga atas izin Allah juga. Jadi berusaha lah!



Surah AlAn'aam. Ayat 003.
Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan.



Scha juga percaya,

“Segala sesuatu yang menimpa seorang muslim, baik resah, gelisah, derita, penyakit, hingga tertusuk duri sekalipun, adalah menjadi penghapus kesalahan-kesalahannya (dosa).” – Hadis Riwayat Bukhari 


Scha akan share pengalaman Scha sepanjang dealing dengan Clubfoot ni. Treatment, layanan hospital, kos dan sebagainya. Hopefully, boleh dijadikan panduan kepada ibubapa di luar sana yang juga mengalami masalah yang sama.

So, see you guys on the next entry.

Don't forget to Spread The Love!!