Tuesday, 17 December 2013

Clubfoot Treatment di XX~ Part II



Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Pagi :)

Hello readers!

4th post u'olls~ hahaha
*rasa kelakar la pulak :P



Special shoes with bar, after Tenotomy (surgery) and 3 weeks casted a.k.a P O P.

Setelah disahkan bahawa baby Scha mengalami CLUBFOOT a.k.a Talipes, di usia 11 hari lagi kami dah bawa baby utk mendapatkan rawatan di XX.  Rawatan berterusan sehinggalah ke final step which is tenotomy dan simen selama 3 minggu. Dan selepas itu baby perlu memakai kasut khas dengan bar selama 23 jam dan masa pemakaian akan berkurang seiring usia bayi.

Dennis Brown Shoes with bar, jenis kasut yang baby Scha gunakan.

Ikhlas dari hati, kami suami isteri memang mengalami kepayahan utk pakaikan baby dengan special shoes with bar tu.  Tidak kira siang atau malam, once kami nak pakaikan kasut tu, baby akan menagis dan menjerit sekuat-kuat nya sehingga berjam-jam. Tapi bila kasut tu dibuka, automatically baby akan senyap.  Kami juga menghadapi masalah untuk pakaikan baby kasut tu sebab masing-masing bekerja.

Ada juga Scha google utk cari sebab kenapa jadi macam tu. The results, ada yang kata sebenarnya kaki baby bukan sakit sebab kasut, tapi sebab frust kaki tak bebas. Ada yang kata sebab kasut berat. Macam-macam la.  Tapi as a mother, Scha dapat rasakan yang kaki baby Scha belum corrected sepenuhnya, dan sebab tu bila pakaikan special shoes tu dia menangis. Lastly, we end up dengan tak pakaikan baby special shoes tu. 

In addition, dengan keadaan baby macam tu, kami mengalami masalah untuk mendapatkan pengasuh atau taska untuk pakaikan special shoes tu. Start Scha naik kerja setelah cuti bersalin selama 3 bulan adik ipar yang  membantu menjaga baby.  Walaupun adik ipar baru berusia 22 tahun, masih muda dan tiada pengalaman, masih juga gagahkan diri untuk membantu, mungkin sebab kesian tengok kakak dengan abang dia kot, . hehehe.. TERIMA KASIH! Budi baik Nurshazlin Ab Rahman, Allah sahaja yang dapat membalas~ 

Tak lama selepas itu, In laws Scha termasuk adik ipar yang jaga baby Scha tu bercadang hendak menunaikan umrah.  Jadi otak ni ligat fikir, nak hantar baby dekat mana.  Cari punya cari, kami dapat taska di area Sentul.  Dalam 2 minggu je Taska jaga anak Scha. Kemudian, satu petang tu masa nak ambil anak dari Taska, tuan taska tu kata dia dah tak nak jaga anak Scha. Anak Scha tak boleh nak diri betul-betul masa mandi. Jadi menyusahkan dia, dan dia dah tak nak jaga. Scha terkelu masa tu. Tak boleh nak cakap apa. Scha ambil barang dan dukung baby, bawak masuk dalam kereta. Perasaan Scha sedih sangat masa tu. Air mata berlinang mencurah-curah. Scha peluk baby erat-erat. Sampai hati tuan taska tu cakap macam tu. Apa dosa anak Scha. Bukan Scha dan Mr Hubby minta anak kami kena dugaan yang macam tu. Sejam Scha di tempat parking taska tu. Termenung sambil menangis. Scha tengok anak Scha, rasa kesian sangat-sangat. Dalam hati Scha, Scha janji Scha dan Suami akan usaha yang terbaik untuk pulihkan anak kami..

2 bulan selepas itu.

Selepas appointment kami yang terakhir dengan Dr di XX, which is appointment utk pakaikan special shoes tu, kami perlu datang lagi appointment untuk check kaki untuk tahu sama ada kaki itu semakin normal atau relapse. 

Macam biasa, kami datang appointment pukul 2. Masalah parking. Daftar, tunggu nombor giliran itu ini.  Akhirnya tiba giliran kami untuk berjumpa Dr.  Dr check kaki baby, ukur dan stretching.  Dr kata kaki baby Scha relapse semula. Scha memang dah agak dah. Sebabnya, dari last final treatment lagi Scha memang rasa yang tapak kaki baby Scha memang betul-betul belum  fully corrected lagi.  Macam mana nak pakaikan kasut. So suggestion Dr, baby Scha kena mula semula rawatan kaedah Ponseti tu, maksudnya kena MULA SIMEN DARI STEP 1.  Arghhhhhhhhhhh!! Stress nya!!!  


So, next entry Scha akan share pengalaman Scha untuk 2nd treament for Clubfoot di XX!

Stay tune and Spread the Love~




4 comments:

Anonymous said...

salam puan.

saya cadangkan kepada puan untuk join Malaysian Clubfoot~Ponseti Method di facebook.

kt group tu...puan akan berjumpa dengan parent yang mempunyai anak clubfoot.

scha said...

Waalaikummusalam..

Terima kasih Puan atas perkongsian. Alhamdulillah.. sy dah join group clubfoot di fb.. dan buat treatment di Bumrungrad Hospital, Bangkok.. Syukur anak sy sudah boleh berjalan dan berlari seperti kanak2 yg lain.

Sabun Dobi Dolive Negeri Sembilan said...

Salam scha,mcm mana kalau nak buat rawatan di Bumrungrad Hosp?

scha said...

Wsalam En. Shairadzi Mohd, sy ada post entry berkenaan cara untuk membuat rawatan di Bumrungrad International Hospital :)