Hye u'olls!! wah wah wah.. da brapa bulan dah tak update ni, semangat semakin luntur kah? no no no.. hehe actually last few months memang sangat busy. Tak sempat nak duduk depan pc/laptop. So hari ni berkesempatan, maka mari lah update serajin-rajin nya.. :)
Previous entry Scha ada mention yang baby Scha dah pun jumpa Dr untuk checkup kaki 2 bulan selepas tenotomy + 3 minggu P O P. Dan Dr ada mengatakan yang kaki anak Scha terpaksa menjalani semula rawatan dari Step 1 hingga pulih.
Jadi disebabkan anak Scha terpaksa disimen semula, Scha dan hubby telah sepakat untuk Scha ambil cuti separuh gaji 3 bulan dan tanpa gaji selama 6 bulan. Kononnya pada perkiraan, Scha boleh jaga baby sebaik mungkin semasa disimen, tenotomy dan pakai kasut. Dan dengan harapan selesai sahaja cuti selama 6 bulan nanti, anak dah tak ada masalah dan boleh berjalan seperti anak-anak yang lain.
BERMULANYA TREATMENT KALI KEDUA.
Alhamdulillah, Scha dah dapat kelulusan cuti untuk jaga anak selama 6 bulan. Lega rasa nya. So bermula lah rutin Scha menghantar anak ke hospital setiap hari Selasa / Jumaat untuk disimen. Rawatan kali ini bermula awal April Tahun 2013. Masa tu tawakal pegi berdua je dgn anak, kadang-kadang adik or adik ipar temankan sbb hubby selalu keluar offshore.
MASALAH YANG DIHADAPI BILA ANAK PAKAI SIMEN A.K.A P O P.
Awal simen dikaki, biasanya anak Scha akan meragam bila nak tidur malamnya. Sebab simen masih basah / panas dan berat. Jadi bila pakai simen ni, yang susah nak jaga ialah ketika mandi dan basuh poo poo. Nasib baik juga dapat cuti, kebersihan lebih terjaga. walaupon kdg2 ade la kene dkt hujung2 tu secalit dua.. ahaha.. dan bila mandi, mesti basah sikit.. tak pun air masuk dalam cast / simen / p.o.p.. So makin lama makin berpengalaman. Teknik mandian pun da semakin advance.. Apa yg Scha buat, masa nak mandi, tanggal seluar dulu.. duduk atas toilet bowl, then letak anak atas riba.. Jadinya anak mandi sambil peluk kita.. nak basuh poo poo pun sama kaedah nya.. then mana yang kena air sikit-sikit tu, Scha blow je dengan hairdryer.. jd cepat kering.. haa nk tunjuk susah, tak terfikir pulak nak snap pic.. huhuhu
RESULT SELEPAS TREATMENT ANAK KALI KEDUA.
Selepas berusaha , harapan yang menggunung di sertai dengan doa yang tidak pernah putus.. berakhir lah sudah treatment di XX.. haa nampak kejap kan.. tapi.. sebenarnya makan masa berbulan2.. bayangkan, dari bulan April sehingga lah bulan September 2013, Scha tak pernah gagal untuk hantar anak tukar simen setiap minggu.. TAPI... hasil nya tetap MENGECEWAKAN!
Terus terang Scha katakan.. Scha rasa sedih yang teramat-amat, bila last simen.. masa dah bukak tu, kulit kaki anak Scha melekat dekat simen.. luka sana sini.. bila kena air, anak Scha menangis meraung sekuat-kuat hati,, masa bukak dengan hubby tu, meleh-leleh air mata..
Seminggu selepas simen di kaki baby Adam di buka.. :`( |
Both leg |
Yang paling menyedihkan, kaki anak Scha masih lagi belum pulih dan keadaan kaki kirinya yang agak stiff menjadi semakin 'complicated'..
Kaki kanan |
Kaki kiri |
Speechless. Terdiam...
Masa appointment tu, Dr boleh comment kata tak tau kenapa kaki anak Scha jadi macam ni. Oh my! simen dah berbelas2.. jumpa setiap minggu.. pun tak tahu kenapa.. memang frust sangat2.. Muka da berubah sangat masa tu.. So Dr nak tenangkan keadaan, kebetulan dia ada conference di Kuching, Sarawak.. so dia minta kita as a parents tunggu sampai dia balik untuk dapatkan jawapan.. Terus terang dari hati, Scha memang dah tak ada hati nak buat or sambung treatment dekat situ lagi,,, cuti yang Scha amik selama 6 bulan, membazir macam tu je.. Seriously PATAH HATI!
BUANG MASA!
BUANG TENAGA!
BUANG CUTI!
BUANG DUIT!
Astagfirullahalazimm... mengucap panjang..
Marah sangat masa tu.. tak terkata..
Dalam kereta on the way balik ke rumah, Hubby kata nak tukar tempat treatment baby Adam.. Which is Scha setuju lah dengan pandangan dia.. TAPI... dekat local hospital yang lain..Wah, terus darah naik kauu.. :p
Bukan apa, lepas kejadian tadi.. Scha memang 100% dah tak percaya dengan hospital tu. Kiranya, sekali hospital tu buat hal, tak pasal-pasal hospital local yang lain pun terima akibatnya.. Wah.. kemain statement.. Ye la.. masa tu memang tengah marah kan.. cakap pun laju je la tak berfikir.. Al maklum dah berpatah arang sangat dah..
Scha kata kat hubby, boleh kalau nk buat dekat local hospital, tapi kalau ade PAKAR.. kalau tak ada, baik tak payah.. Scha dah serik sangat-sangat.. Hubby diam jee... Iolls pun diam.. sebab takut kene marah pulak.. hihihi
So next entry, Scha akan story dekat uolls kat mana pilihan hospital kami selanjutnya!
Till then. Stay tuned. Spread love!!
No comments:
Post a Comment