Hello! 3rd posts u'olls.. haha :)
Alright, seperti yang dijanjikan, Scha nk share pengalaman buat treatment bagi "CLUB FOOT"baby Scha di PPUM. Nama-nama hospital, staf dan sewaktu dengannya yang berkait dengan story yang sya nak cerita ni bukan niat nak mengutuk/mengfitnah atau apa. Sekadar teguran dan dorongan utk perbaiki lagi servis dan kemahiran di masa hadapan.
Hopefully, parents di luar sana yg juga mengalami masalah yg sama seperti yg Scha hadapi boleh jadikan nya sebagai panduan. Baca, fahamkan, fikir dan bertindak. Pilihan ditangan anda~
Pada 4 Dis 2012,
Scha, Mr. Hubby dan baby telah hadir ke PPUM utk appointment dan seterusnya mendapatkan rawatan di PPUM. First impression masa datang hospital, i was like susahnya nak cari parking :( But since Scha pun masih dlm pantang, so hubby turunkan Scha dulu. Then hubby cari parking. Selepas 1 jam lebih, baru dapat parking. fuhhh~
Pendaftaran,
Kami daftar dulu di Klinik Pediatrik Ortopedik, Tingkat 1. Semasa menunggu nombor giliran, Scha tengok ramai juga baby yg kena "CLUBFOOT" ni. Melayu, Cina, India tak kira bangsa. Semua datang untuk dapatkan rawatan dan dengan penuh harapan agar anak masing2 pulih dan dapat berjalan seperti anak2 normal yang lain. Appointment yg sepatut nya berjalan pukul 2 petang, tertangguh sampai pukul 4 sebab ramai sangat orang. Dinasihatkan supaya datang lebih awal dan makan kenyang2 dirumah terlebih dahulu.
Review dari Dr.
Jumpa Dr, Dr check kaki baby dan terangkan condition kaki baby Scha yg sebenarnya. Kata Dr, both legs are affected with clubfoot. But the left foot are much more complex than the other one. Kaedah rawatan yang digunakan di hospital ini adalah kaedah Ponseti (Ponseti Method). Which is Dr akan simen utk beberapa kali, dan bila tapak kaki dah normal, minor surgery (tenotomy) akan dibuat. Gulp~ berderau darah bila dengar perkataan SURGERY!
Lepas review itu ini, kami di bawa ke Plaster Room utk simen kaki baby. Kiranya, hari ni jugak start treatmentnya. Dr baringkan baby, pembantunya pegang kaki baby. Dr balut keliling kaki dengan pembalut kapas sampai ke peha. Baby Scha da mula menangis2 dan meronta, uhh kesian rasanya bila tengok keadaan baby. Kemudian Dr siap balut, Dr rendam pembalut plaster dalam air, dan mula balut keliling kaki baby. Dr balut dalam keadaan baby Scha meronta-ronta. Sabar je la.
Kaedah tanggalkan Simen a.k.a P O P
Untuk tanggalkan simen pula, parents kena tanggal sendiri. Simen tu kena rendam dalam air, then akan lembut dan kita boleh tanggal guna tangan je.
*Cakap mudah, tapi menanggalnya bukan main payah. Seriously! Scha tak tau la kalau org lain senang nak tanggal kan, tp memang berpeluh jugak la nk letak si kecik tu dalam bathtub penuh air. Dengan meronta nya lagi. haiii~
Lepas habis simen, Mr. Hubby dapatkan appointment utk next week sebab katanya simen ni kena tukar seminggu2 sampai kaki baby betul2 normal. On the way balik, meleleh2 air mata Scha sbb tak tertahan hati ni tengok baby yg baru berusia 11 hari kena simen. Rasa kesian sangat2. Hubby minta Scha utk kuatkan semangat, ini semua untuk kebaikan dan masa depan anak kami. :(
Keadaan kaki yang disimen |
Dipendekkan cerita,
Selepas 8 kali disimen, baby Scha dikehendaki utk menjalani minor surgery (Tenotomy). Kiranya ni last step bagi Ponseti Method. Tapi sepanjang treatment, Scha tak pernah tengok Dr atau pembantu nya ambil gambar sebelum dan selepas setiap kali sesi treatment. Dalam otak ni terfikir jugak, if tak snap, mcm mana nak bandingkan tapak kaki yang sebelum treatment dan selepas. Hmm curious betul~
*Pengajaran utk parents diluar sana, scha tak suarakn pd Dr sbb Scha fikir Dr tahu apa yg dia buat. Ini kesilapan Scha. Dan Scha sangat menyesal. So please, if anything crossed inside your mind, please ask the Dr.
Selepas tenotomy, kaki baby akan disimen selama 3 minggu dan selepas dibuka, baby Scha perlu memakai kasut khas dengan bar, (Ponseti Shoes) selama 23 jam sehari sehingga dia boleh berjalan. Then kadar pemakaian kasut akan berkurang seiring umur baby.
During tenotomy, parents tak dibenarkan masuk ke Plaster Room. Cuma boleh tinggalkan susu dan masuk bila dipanggil sahaja. hmmm.. baby Scha menjerit, menangis tak boleh nak cerita. Bergema satu floor tu dengan suara baby. Actually, Scha ni bukan jenis yg mudah menangis.. tapi bila ada anak ni, tersentuh nye lain macam. Tak pasal2, join menangis sekali kat kerusi luar Plaster Room tu.
Selepas Tenotomy. Terus tidur sebab penat menangis :'( |
Selesai je, siap simen semua Dr panggil masuk. Scha sempat terpandang atas meja penuh percikan darah. Ya Allah! Scha terus meluru, peluk baby. Apa lah yang diorang buat ni?! Hmm, lepas 3 minggu kami perlu datang lagi utk appointment pakaikan kasut khas tu. Tapi kali ni Scha tak dapat nak join sekali sebab kebetulan tarikh yg sama Scha masuk keje lepas bersalin. So, Mr. Hubby pergi dengan adik ipar. Dekat rumah, Mr. hubby dengan Scha dah siap2 tanggalkan simen dulu. Lepas cuci bersih, Scha tengok tapak kaki baby tak betul2 correct lg. Hati mula dah tak sedap.
Dkt office, Mr. Hubby call kata baby refuse utk pakai kasut. Asyik menangis je..
ada juga jumpa Prof yang pakar pasal Clubfoot ni dekat XX utk dapatkan nasihat dan punca kenapa baby meragam bila pakai kasut khas tu. Tapi tak pasti lah Prof tu salah dengar ke apa, dia marah pulak Scha. Cara dia jawab, seolah2 macam kita tak nak pakai kan kasut dekat anak kita. Geram betul!!! Orang tanya lain, jawab lain. Takkan lah kitorang sengaja tak nak pakaikan baby kasut tu. Bila pakai je meraung, mesti lah ada yang tak kena! Sampai sekarang Scha ingat nama Prof tu. Huh~~
baby with shoes and bar |
Sebelum Scha meletup, better STOP dulu menaip.
Rosak motherboard ni karang. hehe..
So, i guess see u guys on the next post!
Assalamualaikum.
1 comment:
Salam . Sekrng doc suruh exercise sahaja . Kalau nk terus direct pakar boleh ke
Post a Comment