Assalamualaikum w.b.t
Hye! :)
Actually hari ni baru ingat password blog. password byk jenis.. try tu.. try ni.. atlast bru sangkut.. .. nnt la tulis kt Sticky Notes, tampal kt peti sejuk.. hahaha..
![]() |
Tapi nak Sticky Notes Comel macam ni.. confirm tak lupe.. GOOGLE~ |
Disebabkan baru teringat password, maka nya hari ni baru rajin nak update blog.. Uolls,
Scha ceritakan dari segi pengalaman sendiri. So no offense ya pada hospital-hospital yang berkenaan, Dr yang terlibat, and also readers yang budiman. Gitu.... :)
Setiap orang rezekinya berbeza. Scha percaya, masing-masing akan dapat bahagian rezeki masing-masing. Jadi, dalam kes anak Scha, baby Adam.. mungkin tak ada rezeki kami dekat local hospital. Jadi janganlah marah kalau Scha kata Scha tak berapa nk percaya local hospital, it's all based on my experienced. Mungkin lain orang, lain pulak kesannya kan.. Perjalanan kami mungkin lebih panjang dan lebih sukar dari anda, maka bersyukurlah.. :)
Okay.
So, selepas peristiwa balik dari hospital tempohari. Scha mula cari dan banyak membaca info pasal Clubfoot. Dari sebab, akibat, cara treatment, kos treatment, penjagaan, maklumbalas parents, surgery.. haishhh.. banyak laa.... Scha berazam, nak jadi ummi yang serba tau pasal clubfoot ni.
Korang....
Hmm ade kes clubfoot kan, mak nye pulak dipersalahkan sebab anak kena clubfoot.. rase nk smackdown je orang yang suka salahkan orang lain ni... menolong dah la tidak.. ketahui lah.. semua mak nak anak-anak yang dilahirkan normal dan sihat.. dulu masa single, Scha tak pernah tau wujudnya clubfoot ni.. dah rasa sendiri, barulah mata ni terbuka sikit.. and guess what, Scha sangat respect pada parents yang sanggup menjaga, berusaha menyembuhkan anak yang mengalami masalah yang lagi teruk dari ini.
Langkah pertama,
Scha add clubfoot Malaysia dekat facebook .
Click here ---> Facebook : Clubfoot Malaysia~
Berkenalan dengan Sis Zarinawati, admin page tu dan members yang lain. Hasil daripada perbualan, kebanyakkan nya buat treatment di Bumrungrad International Hospital, Bangkok, Thailand dan hasil treatmentnya sangat positif dan memberangsangkan. And plus, Dr yang merawat adalah anak didik Dr Ponseti sendiri.. Lagilah kite ni Waaauuuu! kah kah kah.. teruk betul.. haa.. nnt Google la sape Dr ni yee.. hihi
Macam biasa.. iolls memang excited terlebih. kah kah kah..
Mcm parents yang lain juga, ada seribu macam soalan dalam otak ni. Selagi tak ada jawapan, selagi tu tak puas hati. Mula dah start hantar private mesej. Contoh soalan, Kaedah treatment, harga, lokasi, flight, hotel murah, jarak hospital dengan hotel, airport, teksi. Aishh macam-macam la.. Sampai dah rasa annoying dengan diri sendiri. Iskkk... Iskk.. Pastu rasa serba salah sebab banyak tanya dekat orang lain. Tapi dah tak tau kan.. Nak buat macam mana.. Anak punya pasal, tebalkan muka je la.. Hari2 check facebook kot2 diorang dah balas.. hehehe Senyum sendiri je bila ingat balik..
Tapikannnn...
Nak bagitau, restoran murni sangat hati members page clubfoot tu termasuk lah adminnya sekali.. Sebak tau sebab ramai sangat sudi nak menolong. Tak kira kaum, bangsa dan agama. ha bunyi mcm cliche kann.. tapi tu lah realitinya.. we support each other.. If sorang anak ni dah boleh berjalan, masing-masing rasa puas dan happy sangat. Good job guys!!
So, gaduh bincang dengan hubby.
Biasa lah kan.. buat treatment oversea.. mahal la kot kos nye.. Kejap setuju, kejap tidak.. haihh la..
Tapikan Scha ni mmg jenis degil, berkeras juga nak buat treatment baby Adam dekat Bumrungrad Hospital.. Nasib hubby bertimbang rasa, penyayang, hensem, kaya, bijak, kacak, tuff **ehhhh? hahaha... ikutkan la wife dia sorang ni...
Tadaaaaa.. ~GOOGLE |
MUKTAMAD,
Kami sambung treatment baby Adam di Bumrungrad International Hospital!! *dum dum.. bunyi penukul hakim ala Thor tu..
Okay. Next entry kita cerita-cerita ye.
Till Then. Stay tuned. Spread Love.
No comments:
Post a Comment