Tuesday, 14 October 2014

.:. Clubfoot's Journey~ First Treatment di Bumrungrad International Hospital .:.


Assalamualaikum w.b.t

Hye~! 



Entry kali ini nak cerita mengenai pengalaman kami kali pertama ke Bangkok, Thailand untuk appointment baby Adam di Bumrungrad International Hospital, Bangkok.  Kami pilih appointment pada sebelah pagi sebab tak nak stay tidur dekat sana. Jadi pergi awal pagi, balik Malaysia sebelah pertang.



Fly away~ kami pilih Air Asia.. sebab? Murah..! hew hew hew



Untuk makluman, Air Asia mendarat di Don Mueang International Airport which is berbeza dengan MAS yang mendarat di Survana Bhumi.






Flight kat sini senang sikit, sebab dia ala-ala airport lama.. turun je flight terus masuk dalam building, check passport, then ambil barang, dah boleh keluar.. well, Hello Bangkok!! feeling mcm bercuti jee.. kah kah kah..





Teksi kami~ Camry okey.. Mahal rupenye.. Isskkk. (T_T)


Dari Don Mueang Airport ni ke hospital jaraknya lebih kurang 28km *anggaran.  Antara pengangkutan awam yang ada, seperti teksi dan bas. Tuk-Tuk rase nye tak pergi kot.. basikal ape tah lagi kann.. heh..


First time visit, kami dah terkena. Kami ambil teksi airport which costing us about 700 bath/RM70..  So untuk dapatkan harga teksi yang murah, nak bagi tips ni.. dari tempat arrival tu.. anda jalan straight sehingga ke hujung.. dekat situ ade tempat tunggu teksi jauh lebih murah. dalam 400 bath/RM40. tapi nye kena line up la sikit.. sekejap jeee... pegi sogo pandai pulak tunggu train tak pon nek bas singgit tu kann.. ahaa.. ape la sangat beratur tu kann.. hikks  iolls tau lerr.. sbb selalu pegi sogo.. hahaha.. 


 Perjalanan dari airport ke hospital dalam 20 minit cenggitu.. hmm kalau boleh kita bertolak atau sampai awal ke hospital sebelum appointment.  Sebabnya traffic dekat Bangkok ni boleh tahan teruknya..  Especially waktu pick hour mcm waktu pagi, tengahari dan petang.. ala mcm Malaysia


Sampai dekat hospital, kami ke Registration Counter di Level 10 *x sure.. lupa dah.  Hospital dia sangatlah besar dan cantik.. macam hotel.. huhuu *kagum sekejap






Di 'registration counter' ni makan masa sedikit.. Ha sebab tu kena datang awal kan.. dekat sini kena isi macam-macam form and plus anak kita akan dapat satu hospital's card.  Siap ada gambar lagi. Ambik gambar time-time tu jugak.. terkulat-kulat baby Adam.. hihihi



En. Hubby tengah isi form.


 Selepas habis isi borang semua, kami naik ke level 20, bawa surat appointment yang kami print dari email.. Then ada la isi sikit borang, fotostate passport and so on..


Doctors and nurses semua alahaiii cantik-cantik dan baik sangat.. cakap pon lembut jeee.. Oh ye, dekat waiting area ade side untuk minum.. ada mineral water, juices, coffee and tea..  sedap! berkotak2 Scha minum..  sebab nya ada Halal Thailand.


Tunggu dalam 10 minit macam tu, Nurse panggil masuk bilik.. terpikat tau dengan cara nurse tu panggil, sopan datang kat kita.. siap panggil baby Adam "Master" lagi.. hehe..   dah macam tok ketua pendekar laut jee~...



Ni baru Pendekar laut~ siap ade ombak bagai
Ni pendekar montel~ teletubbies sangat.. anyonyoynyooo



 Masuk je bilik, Dr yang rawat Adam kenalkan diri.. Dr. Amnuay Jirasirikul..



Hi~ sy Dr. Amnuay.. bukan Amran.. hobi simen kaki.. haahaha


Dr. Amnuay sangat friendly dan sangat fluent berbahasa Inggeris. The way Dr Amnuay cakap pun, dah buat kita as a parent rasa secure dan confident untuk buat treatment dengan beliau. Beliau ada tunjuk pada kami gambar-gambar dan video patients dia sebelum dan selepas treatment.  Haihh lagi la berbunga hati...


Next thing is, dia terangkan pada kami apa yang dia akan buat pada haritu.. katanya nak start simen Adam.. So nurse pun timbang berat Adam dan minta kami suapkan Adam sejenis ubat untuk Adam tidur.  Dos yang di beri adalah mengikut berat anak tu sendiri.  Reason bagi anak tidur ialah, supaya Adam tidak stress, menangis, struggle dan seterusnya senang untuk Dr dan nurses nya manipulate kaki Adam sebaik mungkin.


Dr. Amnuay sedang periksa kaki Adam yang sedang lena tidur. :)

The Nurses~ prepare sediakan bahan untuk casting / simen / POP

Dr. Amnuay in action~ 

The best part is, Dr. Amnuay sangatlah sporting. Dia benarkan parent untuk ada sekali dalam bilik casting, boleh snap gambar dan video dan boleh tengok depan-depan..  sambil dia membalut pun boleh tanya macam2.. dia pun siap nyanyi2 bagai.. very friendly!  

Tapinye

janganlah sampai dia nak membalut pun susahkan..
kang dia stress, dia balut mulut cik kak semua kang.. hahahaha


Oh ya!  selepas Dr simen kaki anak kita dengan pembalut warna putih tu, dia akan balut selapis lagi. Yng ni untuk prevent retak, pecah and so on.. material dia sangat bagus.. **Scha  lupa la nama benda nyaa.. Yang ni boleh pilih warna okeyhh.. 


Tadaaaa~ sebelah pink sebelah biru.. erkk Dr yang pilihkan..


Setengah jam selepas tu, baby Adam pun bangun dan tersenyum gembira bak sang suria pagi seperti biasa,, kids~ ape pun tak tau.. heheehe



Habis siap balut semua, kami pun dapatkan appointment untuk next visit.. So this time, every two weeks we have to be there.. koyak la iollss~~~~ huh.. x ape, percaya rezeki Allah bagi.. Kurang yang ini, Allah ganti dengan yang lain pulak.. kann :)



Bil untuk first time appointment dalam  18 000 Bath / RM1800.. untuk dua belah kaki..

Next appointment, bawah 12 000 Bath / RM1200 untuk dua belah kaki juga..  



Makanya, kalau sebelah kaki je lagilah murah kan.. Eventhough orang kata mahal, tapi Scha rasa worth it sangat.. sebab kualiti bahan yang digunakan sangatlah bermutu tinggi, sisa habuk dekat lantai ke sofa ke.. sangatlah tak ade.. kuat dan tahan.. btw, baby Adam dah pandai merangkak dan duduk.. bayangkan la.. kelentung kelentang dibuatnyaa.. Dannnn... kaedah rawatan nya sangatlah profesional.. parent terlibat dari awal hingga akhir. Bab ni Scha memang suka sbb Scha tahu apa yang Dr buat dekat baby Adam.


Kami pun balik ke Malaysia pada hari tu juga.  Next appointment nya, kami ada juga tidur di sana.. Letih sebenarnya kalau sehari je.. restless~ Pilihan kami semestinya Oasis Inn.. Boleh book online k. Jarak dari hotel ke hospital dalam 5 minit.  Wifi semua da, selesa dan bersih.


Sampai Malaysia! Alhamdulillah~ Syukur Ya Allah.



Dulu, selepas baby Adam balik dari simen/casting/POP malamnya mesti dia akan menangis or buat hal.. tapi, Alhamdulillah baik sangat budi pekerti beliau~ huu siap senyum-senyum tepuk tangan lagi.. iolls lagi la senyumm kann...  hahaha

ketawa sambil baca buku~ ehh,  iolls ketawa bila baca buku Shin Chan sambil makan nasi jee... thee




So tamatlah untuk entry first appointment ni.. Kami berulang ke Bumrungrad International Hospital dalam 5 kali, then surgery, casting dan last appointment.. Next visit for baby Adam will be on 21st November 2014,  which is Adam dah 2 tahun, no more baby sbb dah jadi toddler. huhuhu.. 




Till Then. Stay tuned. Spread Love.


















1 comment:

Anonymous said...

Making Money - Work/Tennis: The Ultimate Guide
The way bsjeon.net you would febcasino.com expect from หาเงินออนไลน์ betting on the tennis matches of tennis is https://septcasino.com/review/merit-casino/ to bet on the player you like most. But you also need https://febcasino.com/review/merit-casino/ a different