Wednesday, 15 October 2014

.:. Clubfoot journey~ Latihan Berjalan Selepas Final Casting di Bumrungrad International Hospital .:.

Assalamualaikum w.b.t,

Hye!! :)

Alhamdulillah.

Selepas selesai segala siri casting / simen kaki baby Adam, dan kaki pun dah semakin normal, kami as a parent ada tanggungjawab lain pula.

Memandangkan  baby Adam selesai treatment pada usia 1 tahun 3 bulan, atau lebih tepat lagi pada fasa tengah rancak dan bertatih nak berjalan.. Maka Dr. Amnuay sarankan supaya hanya pakaikan ponseti shoes pada waktu baby Adam tidur sahaja.  Which is during nap time and at night.  So waktu-waktu lain, biarkan kaki free untuk galakkan baby Adam berjalan.

Dan Alhamdulillah,

3-4 minggu selepas itu, baby Adam dah boleh bertatih sikit-sikit. Scha perasan dia nak bertatih berjalan, masa tengah main game clash of clan lipat kain.  Baby Adam punggah semua kain.  Then start tolak-tolak bakul kain tu ke hulur hilir. Keluar masuk bilik... gheee~  Uolls nak bagi anak tolak boleh,   Tapi make sure bakul tu segi empat k.. bukan bulat.. tergolek dog kangg..   Video ada, tapi mcm senget la pulak, tak reti nak rotate video. huhuhu...

Bff baru~  ok ni tunggang bukan tolak. 

Apa lagi?

Whatsapp families laa..  Hantar pic & video...  Zaman sekarang dah canggih kan..

Eh, bayangkan..

Kalau dulu-dulu,  Macam mana nk bagitau family?

Kena snap pakai kodak, hantar kedai,  cuci, pos pulak.. Dah tu, Alamat berbeza.. sampai pejabat pos, timbang lagi .. Dalam sampul je da berkeping.. kena bayar lebih,  wallet pulak lupe bawak.. naik bas patah balik.. Ehhh?    Kemain susah nak bgtau mak bapak, sedara mara yang anak dah pandai tolak bakul kain..  hahaha



Baru tolak bakul kain jee..

Iolls dan families semua happy tak terkata.  Adik ipar Scha, siap belikan baby Adam kasut.  Bukan sepasang, tapi EMPAT PASANG! hihihi.. Tq Mama Zee *panggilan manja.  Ye la kan, almost a year kaki baby Adam asyik bersimen je. Tak pernah ada chance ummi dia nak belikan kasut. Thanks again Mama Zee :)


Tahun depan sponsor lagi boleh? hehe..

Tak cukup tu,

Ibu *Mentua collaboration with adik-adik ipar,  belikan baby Adam walker. Cucu first kan..  Yeayyy!! Alhamdulillah. Syukur sangat dapat family In Laws yang sangat support kami. :)

Family iolss? Relax jee..
 Cucu dah 4.. hahaha...


Tadaaaa~ Learning Walker. Tq Ibu.




Mula-mula, memang tak la baby Adam nak main walker tu.. 


Dia sibuk main lampu-lampu.. tekan sana sini keluar lagu..  joget-joget.. Lama-lama,   mula dah tolak walker. Tapi nye macam orang tua 100 tahun. terketar-ketar kaki.. kah kah kah.. sian anak ummi..


Seminggu lepas tu,

Tadaa...

Baby Adam dah advanced okey.  Selamba je tolak sambil tengok tv..  Mmuah ciked!  haa, 








5 MINIT LEPAS TU...................................



Walker bertukar~ pufff* Jadi Transformers.. haha



We all, laki bini pun selalu  bawa si kecik  pegi park dekat area rumah untuk exercise dan kuatkan lagi kaki baby Adam.  Sambil-sambil tu ummi nye buang la sikit lemak-lemak ni.. ternak kan.. usawan belia.. kandang dah tak muat.. kena la buang sikit.. ghee~

with bicycle~  

Maafkan papa dia ye. Selalu hensem je.. haha

Jalan-jalan @ Sunway lagoon~






Alhamdulillah,

Sekarang, dalam usia 1 tahun 11 bulan, baby Adam dah tegap berjalan dan dah pandai berlari~ .  Dan kami masih lagi pakaikan Ponseti Shoes with bar tu setiap malam.  Well tipu, hahaha.. kadang-kadang ada miss jugak.. sebab dah terlelap.. Pergi tempat jauh, bercuti ke mesti bawa kasut tu..



Perjalanan jauh lagi.



Kami kena usahakan pakai kasut Ponseti tu dekat baby Adam, sampai la umur Adam 5 tahun.

Doakan kami ye.



Terima Kasih.



Till Then. Stay Tuned. Spread Love.










.:. Clubfoot Journey~ Final result selepas Casting & Tenotomy di Bumrungrad International Hospital .:.

Assalamualaikum w.b.t,


Hye!


Last entry Scha cerita tentang pengalaman kami first time mendaftar dan buat treatment di Bumrungrad International Hospital, Bangkok, Thailand.


Kali ini,


Scha cerita pula tentang final result selepas tenotomy dan casting selama 3 minggu.  Oh ya! kali ni kami datang beramai-ramai, dengan my hubby, mertua, adik ipar, pakcik dan makcik.. Semua excited untuk tengok final result kaki baby Adam.  Btw, kitorang stay pun lama sikit dekat sana sebab dah plan nak jalan-jalan dan bershopping sekali.. eh kata "meraikan".. hahaha ;p


Pagi tu,


Mata ni dah terbuka terang.. tengok jam baru pukul 5.. haihh..  tak sabar betul dah ni..  hahaha... excited la kata kann..  Baby adam pun bangun.. Iskk seriously, rasa girang semacam jee... memang tak sabar betul dah tengok kaki adam    FREE  dari simen/cating/pop ni.. :)  Siap-siap semua, mandi, gerak ke hospital..


Pagi kejadian~  Ade orang nervous ;p



Macam biasa,

Daftar, tunggu sekejap, then nurse panggil masuk bilik tanggalkan simen. Oh lupa nak mention sebelum ni, di hospital ni, Dr dan nurses akan tanggalkan simen anak kita ye. Bukan kita yang tanggal sendiri kat rumah.. hmm tetiba teringat pulak masa treatment Adam dekat Malaysia.. Beria Dr dengan pengikutnya assistant nya suruh kita tanggal sendiri, rendam air dekat rumah pastu baru datang hopital..
Haihhh.....  mungkin hospital ni je la kot, hospital lain tak macam ni..

Kami semua ada dalam bilik tu.  Sesak dibuat nya. hihihi... Lepas tanggal je cast.. baby Adam dok gerak-gerakkan kaki..  Automatik mata ni cari tapak kaki baby Adam..




ALHAMDULILLAH!!!!!!




Syukur ya Allah, kaki baby Adam TOTALLY NORMAL!!.

Kami husband n wife bersyukur dan senyum tak putus-putus. Tak sia-sia usaha kami buat treatment di sini.  Semua dalam bilik tu tepuk tangan dan ketawa sambil gelek lagu Arab.   Syukur sangat-sangat pada Allah. Buka kan jalan pada kami untuk pulihkan kaki baby Adam.  Scha macam biasa over excited, sampai terlupa nk snap pic kaki baby Adam.. hahahaha ;p

Lepas tanggal simen, cuci kaki.. masuk bilik Dr. Dr explain tentang kasut, jenis kasut, aksesori *kalau perlu, cara pakai dan macam-macam lagi.  The best part is, Dr bagi kami pinjam kasut ponseti tu.. tak perlu beli, cuma beli bar sahaja. Alhamdulillah.  Next visit, kami just tukar kasut tu dengan yang lain, which is free juga. Wiiiiii~~~




Ponseti Shoes. Yang baby Adam pakai sekarang ~Google




Dennis Brown Shoes. Jenis kasut yang baby Adam pakai semasa di Malaysia ~Google

Lepas keluar dari hospital,


Kami pakaikan baby Adam terus Ponseti Shoes.  Alhamdulillah, tak menangis, merengek apatah lagi meraung.  Diam je bila pakaikan kasut. 



Tangan siap letak kat belakang tengkuk.. hahaha tu bukan iolss.. :)
Waktu malam. Abaikan ketiak tu k.. hahaha


Esoknya,

Kami pon berjimba-jimba ke Chatuncak Market, jalan2 area Prathunam dan banyak lagi.  Shopping-shopping sikit.  Mertua Scha yang selalu sakit lutut tak boleh jalan lama, masuk je market terus sihat walafiat. hahaha..

Eh kalau datang bangkok, shopping la banyak sikit. Barang murah dan berkualiti. Next appointment November 2014 ni, kitorang dah plan nak shopping lagi dekat Chatunchak dan nak masuk Ocean World. huhuhu.. 


Ahad.

Kami pun berangkat pulang ke Malaysia.  Dekat airport, sementara tunggu flight.  Bar shoes tu Scha tanggal, biarkan kasut je. Sekali... jeng.. jeng.. jeng.....


Ada orang dah pandai nak berdiri la.. yeayy!!
Tapak dah rata~ :) Alhamdulillah.



Syukur Alhamdulillah.


Segala pujian bagi Allah.


Subahanallah.


Besar sungguh kuasa Allah.





Untuk readers, parents di luar sana, if ada apa-apa masalah yang berkaitan dengan kesihatan anak, please.. please.. jangan putus asa. Usaha. Usaha. dan Usaha.



Allah mungkin nak hambanya lebih banyak berdoa dan mendekatkan diri pada-Nya.  Kita cuba dan usaha semampu dan sebaik mungkin.  Selebihnya kita tawakal dan berdoa pada Allah.  Sekiranya apa yang kita rancang tidak menjadi, ingatlah bahawa Allah Maha  Mengetahui.


Terima kasih,

Suami tercinta.
Ibu. Emak dan Ayah.
Adik beradik Ipar. Adik beradik sendiri. *ade ke? 
dan yang lain.


Bye, Bye Dr & Nurses.. Bye Hospital.


Jumpa lagi.





Till Then.  Stay tuned. Spread Love.





Tuesday, 14 October 2014

.:. Clubfoot's Journey~ First Treatment di Bumrungrad International Hospital .:.


Assalamualaikum w.b.t

Hye~! 



Entry kali ini nak cerita mengenai pengalaman kami kali pertama ke Bangkok, Thailand untuk appointment baby Adam di Bumrungrad International Hospital, Bangkok.  Kami pilih appointment pada sebelah pagi sebab tak nak stay tidur dekat sana. Jadi pergi awal pagi, balik Malaysia sebelah pertang.



Fly away~ kami pilih Air Asia.. sebab? Murah..! hew hew hew



Untuk makluman, Air Asia mendarat di Don Mueang International Airport which is berbeza dengan MAS yang mendarat di Survana Bhumi.






Flight kat sini senang sikit, sebab dia ala-ala airport lama.. turun je flight terus masuk dalam building, check passport, then ambil barang, dah boleh keluar.. well, Hello Bangkok!! feeling mcm bercuti jee.. kah kah kah..





Teksi kami~ Camry okey.. Mahal rupenye.. Isskkk. (T_T)


Dari Don Mueang Airport ni ke hospital jaraknya lebih kurang 28km *anggaran.  Antara pengangkutan awam yang ada, seperti teksi dan bas. Tuk-Tuk rase nye tak pergi kot.. basikal ape tah lagi kann.. heh..


First time visit, kami dah terkena. Kami ambil teksi airport which costing us about 700 bath/RM70..  So untuk dapatkan harga teksi yang murah, nak bagi tips ni.. dari tempat arrival tu.. anda jalan straight sehingga ke hujung.. dekat situ ade tempat tunggu teksi jauh lebih murah. dalam 400 bath/RM40. tapi nye kena line up la sikit.. sekejap jeee... pegi sogo pandai pulak tunggu train tak pon nek bas singgit tu kann.. ahaa.. ape la sangat beratur tu kann.. hikks  iolls tau lerr.. sbb selalu pegi sogo.. hahaha.. 


 Perjalanan dari airport ke hospital dalam 20 minit cenggitu.. hmm kalau boleh kita bertolak atau sampai awal ke hospital sebelum appointment.  Sebabnya traffic dekat Bangkok ni boleh tahan teruknya..  Especially waktu pick hour mcm waktu pagi, tengahari dan petang.. ala mcm Malaysia


Sampai dekat hospital, kami ke Registration Counter di Level 10 *x sure.. lupa dah.  Hospital dia sangatlah besar dan cantik.. macam hotel.. huhuu *kagum sekejap






Di 'registration counter' ni makan masa sedikit.. Ha sebab tu kena datang awal kan.. dekat sini kena isi macam-macam form and plus anak kita akan dapat satu hospital's card.  Siap ada gambar lagi. Ambik gambar time-time tu jugak.. terkulat-kulat baby Adam.. hihihi



En. Hubby tengah isi form.


 Selepas habis isi borang semua, kami naik ke level 20, bawa surat appointment yang kami print dari email.. Then ada la isi sikit borang, fotostate passport and so on..


Doctors and nurses semua alahaiii cantik-cantik dan baik sangat.. cakap pon lembut jeee.. Oh ye, dekat waiting area ade side untuk minum.. ada mineral water, juices, coffee and tea..  sedap! berkotak2 Scha minum..  sebab nya ada Halal Thailand.


Tunggu dalam 10 minit macam tu, Nurse panggil masuk bilik.. terpikat tau dengan cara nurse tu panggil, sopan datang kat kita.. siap panggil baby Adam "Master" lagi.. hehe..   dah macam tok ketua pendekar laut jee~...



Ni baru Pendekar laut~ siap ade ombak bagai
Ni pendekar montel~ teletubbies sangat.. anyonyoynyooo



 Masuk je bilik, Dr yang rawat Adam kenalkan diri.. Dr. Amnuay Jirasirikul..



Hi~ sy Dr. Amnuay.. bukan Amran.. hobi simen kaki.. haahaha


Dr. Amnuay sangat friendly dan sangat fluent berbahasa Inggeris. The way Dr Amnuay cakap pun, dah buat kita as a parent rasa secure dan confident untuk buat treatment dengan beliau. Beliau ada tunjuk pada kami gambar-gambar dan video patients dia sebelum dan selepas treatment.  Haihh lagi la berbunga hati...


Next thing is, dia terangkan pada kami apa yang dia akan buat pada haritu.. katanya nak start simen Adam.. So nurse pun timbang berat Adam dan minta kami suapkan Adam sejenis ubat untuk Adam tidur.  Dos yang di beri adalah mengikut berat anak tu sendiri.  Reason bagi anak tidur ialah, supaya Adam tidak stress, menangis, struggle dan seterusnya senang untuk Dr dan nurses nya manipulate kaki Adam sebaik mungkin.


Dr. Amnuay sedang periksa kaki Adam yang sedang lena tidur. :)

The Nurses~ prepare sediakan bahan untuk casting / simen / POP

Dr. Amnuay in action~ 

The best part is, Dr. Amnuay sangatlah sporting. Dia benarkan parent untuk ada sekali dalam bilik casting, boleh snap gambar dan video dan boleh tengok depan-depan..  sambil dia membalut pun boleh tanya macam2.. dia pun siap nyanyi2 bagai.. very friendly!  

Tapinye

janganlah sampai dia nak membalut pun susahkan..
kang dia stress, dia balut mulut cik kak semua kang.. hahahaha


Oh ya!  selepas Dr simen kaki anak kita dengan pembalut warna putih tu, dia akan balut selapis lagi. Yng ni untuk prevent retak, pecah and so on.. material dia sangat bagus.. **Scha  lupa la nama benda nyaa.. Yang ni boleh pilih warna okeyhh.. 


Tadaaaa~ sebelah pink sebelah biru.. erkk Dr yang pilihkan..


Setengah jam selepas tu, baby Adam pun bangun dan tersenyum gembira bak sang suria pagi seperti biasa,, kids~ ape pun tak tau.. heheehe



Habis siap balut semua, kami pun dapatkan appointment untuk next visit.. So this time, every two weeks we have to be there.. koyak la iollss~~~~ huh.. x ape, percaya rezeki Allah bagi.. Kurang yang ini, Allah ganti dengan yang lain pulak.. kann :)



Bil untuk first time appointment dalam  18 000 Bath / RM1800.. untuk dua belah kaki..

Next appointment, bawah 12 000 Bath / RM1200 untuk dua belah kaki juga..  



Makanya, kalau sebelah kaki je lagilah murah kan.. Eventhough orang kata mahal, tapi Scha rasa worth it sangat.. sebab kualiti bahan yang digunakan sangatlah bermutu tinggi, sisa habuk dekat lantai ke sofa ke.. sangatlah tak ade.. kuat dan tahan.. btw, baby Adam dah pandai merangkak dan duduk.. bayangkan la.. kelentung kelentang dibuatnyaa.. Dannnn... kaedah rawatan nya sangatlah profesional.. parent terlibat dari awal hingga akhir. Bab ni Scha memang suka sbb Scha tahu apa yang Dr buat dekat baby Adam.


Kami pun balik ke Malaysia pada hari tu juga.  Next appointment nya, kami ada juga tidur di sana.. Letih sebenarnya kalau sehari je.. restless~ Pilihan kami semestinya Oasis Inn.. Boleh book online k. Jarak dari hotel ke hospital dalam 5 minit.  Wifi semua da, selesa dan bersih.


Sampai Malaysia! Alhamdulillah~ Syukur Ya Allah.



Dulu, selepas baby Adam balik dari simen/casting/POP malamnya mesti dia akan menangis or buat hal.. tapi, Alhamdulillah baik sangat budi pekerti beliau~ huu siap senyum-senyum tepuk tangan lagi.. iolls lagi la senyumm kann...  hahaha

ketawa sambil baca buku~ ehh,  iolls ketawa bila baca buku Shin Chan sambil makan nasi jee... thee




So tamatlah untuk entry first appointment ni.. Kami berulang ke Bumrungrad International Hospital dalam 5 kali, then surgery, casting dan last appointment.. Next visit for baby Adam will be on 21st November 2014,  which is Adam dah 2 tahun, no more baby sbb dah jadi toddler. huhuhu.. 




Till Then. Stay tuned. Spread Love.


















.:. Clubfoot Journey~ Kaedah mendapatkan Appointment di Bumrungrad International Hospital .:.


Assalamualaikum w.b.t,

Hye! :)

Dah lunch? BELUM?  haaa... sep sikit.. sama la kite..



Cafe office iolls masak ada sikit kurengg...  Pastu ramai comment, jumpa kaki lipas la.. ulat kecik la.. leher singa.. mcm2 la.. loya tekak.. Jadinya, bila lunch, we all akan keluar berbondong2 untuk tapau lunch.. haa sebelum tu update sikit la pasal kaedah kami untuk dapatkan appointment bagi treatment baby Adam di Bumrungrad International Hospital~ 



Langkah 1 


Mula-mula, search dekat google laman web Bumrungrad International Hospital.


Click : https://www.bumrungrad.com/





Langkah 2



Tadaaaa... hihi.. lepastu click dekat column yang warna biru tu "Make an appointment"..







Click dekat "Make an appointment"

https://www.bumrungrad.com/en/contact-us/request-an-appointment





Langkah 3



Tadaaa... keluar page ni pulak..


Okay now read carefully,


Dalam ruangan Appointment  ni.. Kita boleh pilih sama ada pihak hospital yang recommend kan Doktor Pakar untuk kita atau kita pilih sendiri.

 Bagi Scha.. Scha dah buat research sikit pasal Dr yang pakar dalam merawat Clubfoot untuk kanak-kanak dan maklumbalas dari parents yang berurusan dengan Dr pakar tersebut.


Jadi, di ruangan "Appointment  Information"  ni, 

Scha pilih " I will choose my doctor". 
Speciality : Foot & ankle
Dr. name : Dr. Amnuay Jirasirikul










Kemudian,

Di ruangan "preferred appointment", kita boleh pilih  dua jenis tarikh dan masa untuk appointment kita.

Lengkapkan lah form appointment tersebut dan click submit. 


Pastu teruskanlah kerja-kerja harian anda, seperti basuh kain, kelim karipap, siang ikan, angkat kain dan sebagainyaa.. 


Dalam masa 72 jam,  pihak hospital akan hantar email confirmation tentang appointment anda melalui email yang anda berikan..   Once Confirm, boleh lah book flight + hotel.. Haa... Dah minta appointment jangan tak datang pulak yee...  rotan tangan tu kangg.. haipp!




Alright.  Selesai bab dapatkan appointment.





Till then. Stay tuned. Spread Love.















.:. Clubfoot Journey~ Bumrungrad International Hospital .:.



Assalamualaikum w.b.t

Hye! :)

Actually hari ni baru ingat password blog. password byk jenis.. try tu.. try ni.. atlast bru sangkut.. .. nnt la tulis kt Sticky Notes, tampal kt peti sejuk.. hahaha..




Tapi nak Sticky Notes Comel macam ni.. confirm tak lupe..  GOOGLE~


Disebabkan baru teringat password, maka nya hari ni baru rajin nak update blog..  Uolls, 
Scha ceritakan dari segi pengalaman sendiri. So no offense ya pada hospital-hospital yang berkenaan, Dr yang terlibat, and also readers yang budiman. Gitu.... :)


Setiap orang rezekinya berbeza.  Scha percaya, masing-masing akan dapat bahagian rezeki masing-masing. Jadi, dalam kes anak Scha, baby Adam.. mungkin tak ada rezeki kami dekat local hospital.  Jadi janganlah marah kalau Scha kata Scha tak berapa nk percaya local hospital, it's all based on my experienced. Mungkin lain orang, lain pulak kesannya kan..   Perjalanan kami mungkin lebih panjang dan lebih sukar dari anda, maka bersyukurlah.. :)  


Okay. 


So, selepas peristiwa balik dari hospital tempohari. Scha mula cari dan banyak membaca info pasal Clubfoot.  Dari sebab, akibat, cara treatment, kos treatment, penjagaan, maklumbalas parents, surgery.. haishhh.. banyak laa....  Scha berazam, nak jadi ummi yang serba tau pasal clubfoot ni.


Korang.... 

 Hmm ade kes clubfoot kan, mak nye pulak dipersalahkan sebab anak kena clubfoot.. rase nk smackdown je orang yang suka salahkan orang lain ni... menolong dah la tidak..  ketahui lah.. semua mak nak anak-anak yang dilahirkan normal dan sihat.. dulu masa single, Scha tak pernah tau wujudnya clubfoot ni.. dah rasa sendiri, barulah mata ni terbuka sikit.. and guess what, Scha sangat respect pada parents yang sanggup menjaga, berusaha menyembuhkan anak yang  mengalami masalah  yang lagi teruk dari ini. 



Langkah pertama,


Scha add clubfoot Malaysia  dekat facebook .  


Click here --->     Facebook : Clubfoot Malaysia~


Berkenalan dengan Sis Zarinawati, admin page tu dan members yang lain. Hasil daripada perbualan,  kebanyakkan nya buat treatment di Bumrungrad International Hospital, Bangkok, Thailand dan hasil treatmentnya sangat positif dan memberangsangkan.  And plus, Dr yang merawat adalah anak didik Dr Ponseti sendiri.. Lagilah kite ni Waaauuuu!  kah kah kah.. teruk betul.. haa.. nnt Google la sape Dr ni yee.. hihi

Macam biasa.. iolls memang excited terlebih. kah kah kah.. 


Mcm parents yang lain juga, ada seribu macam soalan dalam otak ni. Selagi tak ada jawapan, selagi tu tak puas hati.  Mula dah start hantar  private mesej.  Contoh soalan, Kaedah treatment, harga, lokasi, flight, hotel murah, jarak hospital dengan hotel, airport, teksi. Aishh macam-macam la..  Sampai dah rasa annoying dengan diri sendiri.  Iskkk... Iskk..  Pastu rasa serba salah sebab banyak tanya dekat orang lain.  Tapi dah tak tau kan.. Nak buat macam mana.. Anak punya pasal, tebalkan muka je la..    Hari2  check facebook kot2 diorang dah balas.. hehehe  Senyum sendiri je bila ingat balik..


Tapikannnn... 


Nak bagitau, restoran murni sangat hati members page clubfoot tu termasuk lah adminnya sekali.. Sebak tau sebab ramai sangat sudi nak menolong.  Tak kira kaum, bangsa dan agama. ha bunyi mcm cliche kann.. tapi tu lah realitinya.. we support each other.. If sorang anak ni dah boleh berjalan, masing-masing rasa puas dan happy sangat. Good job guys!!


So, gaduh bincang dengan hubby.  


Biasa lah kan.. buat treatment oversea.. mahal la kot kos nye.. Kejap setuju, kejap tidak.. haihh la.. 
Tapikan  Scha ni mmg jenis degil,  berkeras juga nak buat treatment baby Adam dekat Bumrungrad Hospital.. Nasib hubby bertimbang rasa, penyayang, hensem, kaya, bijak, kacak, tuff **ehhhh? hahaha... ikutkan la wife dia sorang ni... 



Tadaaaaa.. ~GOOGLE



MUKTAMAD,  



Kami sambung treatment baby Adam di Bumrungrad International Hospital!! *dum dum.. bunyi penukul hakim ala Thor tu.. 


Okay. Next entry kita cerita-cerita ye.


Till Then. Stay tuned. Spread Love.







Clubfoot's 2ndTreatment di XX~ Part III

Assalamualaikum w.b.t~

Hye u'olls!! wah wah wah.. da brapa bulan dah tak update ni, semangat semakin luntur kah? no no no.. hehe actually last few months memang sangat busy. Tak sempat nak duduk depan pc/laptop. So hari ni berkesempatan, maka mari lah update serajin-rajin nya.. :)


Previous entry Scha ada mention yang baby Scha dah pun jumpa Dr untuk checkup kaki 2 bulan selepas tenotomy + 3 minggu P O P. Dan Dr ada mengatakan yang kaki anak Scha terpaksa menjalani semula rawatan dari Step 1 hingga pulih.


Jadi disebabkan anak Scha terpaksa disimen semula, Scha dan hubby telah sepakat untuk Scha ambil cuti separuh gaji 3 bulan dan tanpa gaji selama 6 bulan.  Kononnya pada perkiraan, Scha boleh jaga baby sebaik mungkin semasa disimen, tenotomy dan pakai kasut. Dan dengan harapan selesai sahaja cuti selama 6 bulan nanti, anak dah tak ada masalah dan boleh berjalan seperti anak-anak yang lain.




BERMULANYA TREATMENT KALI KEDUA.


   Alhamdulillah, Scha dah dapat kelulusan cuti untuk jaga anak selama 6 bulan.  Lega rasa nya.  So bermula lah rutin Scha menghantar anak ke hospital setiap hari Selasa / Jumaat untuk disimen.  Rawatan kali ini bermula awal April Tahun 2013. Masa tu tawakal pegi berdua je dgn anak, kadang-kadang adik or adik ipar temankan sbb hubby selalu keluar offshore.



MASALAH YANG DIHADAPI BILA ANAK PAKAI SIMEN A.K.A P O P.

Awal simen dikaki, biasanya anak Scha akan meragam bila nak tidur malamnya. Sebab simen masih basah / panas dan berat. Jadi bila pakai simen ni, yang susah nak jaga ialah ketika mandi dan basuh poo poo.  Nasib baik juga dapat cuti, kebersihan lebih terjaga. walaupon kdg2 ade la kene dkt hujung2 tu secalit dua.. ahaha.. dan bila mandi, mesti basah sikit.. tak pun air masuk dalam cast / simen / p.o.p.. So makin lama makin berpengalaman. Teknik mandian pun da semakin advance..  Apa yg Scha buat, masa nak mandi, tanggal seluar dulu.. duduk atas toilet bowl, then letak anak atas riba.. Jadinya anak mandi sambil peluk kita.. nak basuh poo poo pun sama kaedah nya.. then mana yang kena air sikit-sikit tu, Scha blow je dengan hairdryer.. jd cepat kering..  haa nk tunjuk susah, tak terfikir pulak nak snap pic.. huhuhu




RESULT SELEPAS TREATMENT ANAK KALI KEDUA.


Selepas berusaha , harapan yang menggunung di sertai dengan doa yang tidak pernah putus.. berakhir lah sudah treatment di XX.. haa nampak kejap kan.. tapi.. sebenarnya makan masa berbulan2.. bayangkan, dari bulan April sehingga lah bulan September 2013, Scha tak pernah gagal untuk hantar anak tukar simen setiap minggu.. TAPI... hasil nya tetap MENGECEWAKAN!


Terus terang Scha katakan.. Scha rasa sedih yang teramat-amat, bila last simen.. masa dah bukak tu, kulit kaki anak Scha melekat dekat simen.. luka sana sini.. bila kena air, anak Scha menangis meraung sekuat-kuat hati,, masa bukak dengan hubby tu, meleh-leleh air mata..

Seminggu selepas simen di kaki baby Adam di buka..  :`(



Both leg

Yang paling menyedihkan, kaki anak Scha masih lagi belum pulih dan keadaan kaki kirinya yang agak stiff menjadi semakin 'complicated'..

Kaki kanan

Kaki kiri

Speechless.  Terdiam...


Masa appointment tu, Dr boleh comment kata tak tau kenapa kaki anak Scha jadi macam ni. Oh my! simen dah berbelas2.. jumpa setiap minggu.. pun tak tahu kenapa.. memang frust sangat2..  Muka da berubah sangat masa tu.. So Dr nak tenangkan keadaan, kebetulan dia ada conference di Kuching, Sarawak.. so dia minta kita as a parents tunggu sampai dia balik untuk dapatkan jawapan..  Terus terang dari hati, Scha memang dah tak ada hati nak buat or sambung treatment dekat situ lagi,,, cuti yang Scha amik selama 6 bulan, membazir macam tu je.. Seriously PATAH HATI! 



BUANG MASA!

BUANG TENAGA! 

BUANG CUTI! 

BUANG DUIT!



Astagfirullahalazimm... mengucap panjang.. 


Marah sangat masa tu.. tak terkata..


Dalam kereta on the way balik  ke rumah, Hubby kata nak tukar tempat treatment baby Adam.. Which is Scha setuju lah dengan pandangan dia.. TAPI...  dekat local hospital yang lain..Wah, terus darah naik kauu.. :p


Bukan apa, lepas kejadian tadi.. Scha memang 100% dah tak percaya dengan hospital tu. Kiranya, sekali hospital tu buat hal, tak pasal-pasal hospital local yang lain pun terima akibatnya.. Wah.. kemain statement..  Ye la.. masa tu memang tengah marah kan.. cakap pun laju je la tak berfikir.. Al maklum dah berpatah arang sangat dah.. 


Scha kata kat hubby, boleh kalau nk buat dekat local hospital, tapi kalau ade PAKAR.. kalau tak ada, baik tak payah.. Scha dah serik sangat-sangat..  Hubby diam jee... Iolls pun diam.. sebab takut kene marah pulak.. hihihi



So next entry, Scha akan story dekat uolls kat mana pilihan hospital kami selanjutnya!




Till then. Stay tuned.  Spread love!!










Tuesday, 17 December 2013

Clubfoot Treatment di XX~ Part II



Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Pagi :)

Hello readers!

4th post u'olls~ hahaha
*rasa kelakar la pulak :P



Special shoes with bar, after Tenotomy (surgery) and 3 weeks casted a.k.a P O P.

Setelah disahkan bahawa baby Scha mengalami CLUBFOOT a.k.a Talipes, di usia 11 hari lagi kami dah bawa baby utk mendapatkan rawatan di XX.  Rawatan berterusan sehinggalah ke final step which is tenotomy dan simen selama 3 minggu. Dan selepas itu baby perlu memakai kasut khas dengan bar selama 23 jam dan masa pemakaian akan berkurang seiring usia bayi.

Dennis Brown Shoes with bar, jenis kasut yang baby Scha gunakan.

Ikhlas dari hati, kami suami isteri memang mengalami kepayahan utk pakaikan baby dengan special shoes with bar tu.  Tidak kira siang atau malam, once kami nak pakaikan kasut tu, baby akan menagis dan menjerit sekuat-kuat nya sehingga berjam-jam. Tapi bila kasut tu dibuka, automatically baby akan senyap.  Kami juga menghadapi masalah untuk pakaikan baby kasut tu sebab masing-masing bekerja.

Ada juga Scha google utk cari sebab kenapa jadi macam tu. The results, ada yang kata sebenarnya kaki baby bukan sakit sebab kasut, tapi sebab frust kaki tak bebas. Ada yang kata sebab kasut berat. Macam-macam la.  Tapi as a mother, Scha dapat rasakan yang kaki baby Scha belum corrected sepenuhnya, dan sebab tu bila pakaikan special shoes tu dia menangis. Lastly, we end up dengan tak pakaikan baby special shoes tu. 

In addition, dengan keadaan baby macam tu, kami mengalami masalah untuk mendapatkan pengasuh atau taska untuk pakaikan special shoes tu. Start Scha naik kerja setelah cuti bersalin selama 3 bulan adik ipar yang  membantu menjaga baby.  Walaupun adik ipar baru berusia 22 tahun, masih muda dan tiada pengalaman, masih juga gagahkan diri untuk membantu, mungkin sebab kesian tengok kakak dengan abang dia kot, . hehehe.. TERIMA KASIH! Budi baik Nurshazlin Ab Rahman, Allah sahaja yang dapat membalas~ 

Tak lama selepas itu, In laws Scha termasuk adik ipar yang jaga baby Scha tu bercadang hendak menunaikan umrah.  Jadi otak ni ligat fikir, nak hantar baby dekat mana.  Cari punya cari, kami dapat taska di area Sentul.  Dalam 2 minggu je Taska jaga anak Scha. Kemudian, satu petang tu masa nak ambil anak dari Taska, tuan taska tu kata dia dah tak nak jaga anak Scha. Anak Scha tak boleh nak diri betul-betul masa mandi. Jadi menyusahkan dia, dan dia dah tak nak jaga. Scha terkelu masa tu. Tak boleh nak cakap apa. Scha ambil barang dan dukung baby, bawak masuk dalam kereta. Perasaan Scha sedih sangat masa tu. Air mata berlinang mencurah-curah. Scha peluk baby erat-erat. Sampai hati tuan taska tu cakap macam tu. Apa dosa anak Scha. Bukan Scha dan Mr Hubby minta anak kami kena dugaan yang macam tu. Sejam Scha di tempat parking taska tu. Termenung sambil menangis. Scha tengok anak Scha, rasa kesian sangat-sangat. Dalam hati Scha, Scha janji Scha dan Suami akan usaha yang terbaik untuk pulihkan anak kami..

2 bulan selepas itu.

Selepas appointment kami yang terakhir dengan Dr di XX, which is appointment utk pakaikan special shoes tu, kami perlu datang lagi appointment untuk check kaki untuk tahu sama ada kaki itu semakin normal atau relapse. 

Macam biasa, kami datang appointment pukul 2. Masalah parking. Daftar, tunggu nombor giliran itu ini.  Akhirnya tiba giliran kami untuk berjumpa Dr.  Dr check kaki baby, ukur dan stretching.  Dr kata kaki baby Scha relapse semula. Scha memang dah agak dah. Sebabnya, dari last final treatment lagi Scha memang rasa yang tapak kaki baby Scha memang betul-betul belum  fully corrected lagi.  Macam mana nak pakaikan kasut. So suggestion Dr, baby Scha kena mula semula rawatan kaedah Ponseti tu, maksudnya kena MULA SIMEN DARI STEP 1.  Arghhhhhhhhhhh!! Stress nya!!!  


So, next entry Scha akan share pengalaman Scha untuk 2nd treament for Clubfoot di XX!

Stay tune and Spread the Love~