Hye!
Last entry Scha cerita tentang pengalaman kami first time mendaftar dan buat treatment di Bumrungrad International Hospital, Bangkok, Thailand.
Kali ini,
Scha cerita pula tentang final result selepas tenotomy dan casting selama 3 minggu. Oh ya! kali ni kami datang beramai-ramai, dengan my hubby, mertua, adik ipar, pakcik dan makcik.. Semua excited untuk tengok final result kaki baby Adam. Btw, kitorang stay pun lama sikit dekat sana sebab dah plan nak jalan-jalan dan bershopping sekali.. eh kata "meraikan".. hahaha ;p
Pagi tu,
Mata ni dah terbuka terang.. tengok jam baru pukul 5.. haihh.. tak sabar betul dah ni.. hahaha... excited la kata kann.. Baby adam pun bangun.. Iskk seriously, rasa girang semacam jee... memang tak sabar betul dah tengok kaki adam FREE dari simen/cating/pop ni.. :) Siap-siap semua, mandi, gerak ke hospital..
Pagi kejadian~ Ade orang nervous ;p |
Macam biasa,
Daftar, tunggu sekejap, then nurse panggil masuk bilik tanggalkan simen. Oh lupa nak mention sebelum ni, di hospital ni, Dr dan nurses akan tanggalkan simen anak kita ye. Bukan kita yang tanggal sendiri kat rumah.. hmm tetiba teringat pulak masa treatment Adam dekat Malaysia.. Beria Dr dengan pengikutnya assistant nya suruh kita tanggal sendiri, rendam air dekat rumah pastu baru datang hopital..
Haihhh..... mungkin hospital ni je la kot, hospital lain tak macam ni..
Kami semua ada dalam bilik tu. Sesak dibuat nya. hihihi... Lepas tanggal je cast.. baby Adam dok gerak-gerakkan kaki.. Automatik mata ni cari tapak kaki baby Adam..
ALHAMDULILLAH!!!!!!
Syukur ya Allah, kaki baby Adam TOTALLY NORMAL!!.
Kami husband n wife bersyukur dan senyum tak putus-putus. Tak sia-sia usaha kami buat treatment di sini. Semua dalam bilik tu tepuk tangan dan ketawa sambil gelek lagu Arab. Syukur sangat-sangat pada Allah. Buka kan jalan pada kami untuk pulihkan kaki baby Adam. Scha macam biasa over excited, sampai terlupa nk snap pic kaki baby Adam.. hahahaha ;p
Lepas tanggal simen, cuci kaki.. masuk bilik Dr. Dr explain tentang kasut, jenis kasut, aksesori *kalau perlu, cara pakai dan macam-macam lagi. The best part is, Dr bagi kami pinjam kasut ponseti tu.. tak perlu beli, cuma beli bar sahaja. Alhamdulillah. Next visit, kami just tukar kasut tu dengan yang lain, which is free juga. Wiiiiii~~~
![]() |
Ponseti Shoes. Yang baby Adam pakai sekarang ~Google |
![]() |
Dennis Brown Shoes. Jenis kasut yang baby Adam pakai semasa di Malaysia ~Google |
Lepas keluar dari hospital,
Kami pakaikan baby Adam terus Ponseti Shoes. Alhamdulillah, tak menangis, merengek apatah lagi meraung. Diam je bila pakaikan kasut.
Tangan siap letak kat belakang tengkuk.. hahaha tu bukan iolss.. :) |
Ada orang dah pandai nak berdiri la.. yeayy!! |
Tapak dah rata~ :) Alhamdulillah. |
Syukur Alhamdulillah.
Segala pujian bagi Allah.
Subahanallah.
Besar sungguh kuasa Allah.
Untuk readers, parents di luar sana, if ada apa-apa masalah yang berkaitan dengan kesihatan anak, please.. please.. jangan putus asa. Usaha. Usaha. dan Usaha.
Allah mungkin nak hambanya lebih banyak berdoa dan mendekatkan diri pada-Nya. Kita cuba dan usaha semampu dan sebaik mungkin. Selebihnya kita tawakal dan berdoa pada Allah. Sekiranya apa yang kita rancang tidak menjadi, ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui.
Terima kasih,
Suami tercinta.
Ibu. Emak dan Ayah.
Adik beradik Ipar. Adik beradik sendiri. *ade ke?
dan yang lain.
Bye, Bye Dr & Nurses.. Bye Hospital.
Jumpa lagi.
Till Then. Stay tuned. Spread Love.
6 comments:
Hi Scha...boleh share in details berapa cost buat treatmemt di Thailand? berapa kali kena casting maximum dan kekerapan tukar casting?..Fyi,anak saya juga one of the lucky baby to go thru this Talipes.Both legs.He is 2 months now and so far da buat casting 4 kali di HSI Jb.Ada improvement tapi my obsevation,its quite slow...Dr ada mentioned selps buat casting sebyk 8 kali n still not corrected kena refer g Kl..dunno which hospital...But by reading yr stories n exprnces doing in Kl its frightened me...if refer Kl n same procedures like doing casting n stuffs sound wasted to me..waste time n costly..
Do u hv any tips how to prevent the cast from removed?1 minggu ni da 3 kali i g casting kaki anak sebab tertanggal...feel tired n costly for taxi fare...moreover i hv to manage by myself n same time to look after my 16 mths baby...help..help
Hi Chrisildah Wong :)
Cost treatment dan maximum casting biasanya bergantung kepada case kaki anak Puan. Complicated atau tidak. Sy cadangkan Puan hubungi dahulu pihak hospital Bumrungrad, ataupun Dr. Amnuay untuk maklumat lanjut.
i. First time visit : RM1500 - Rm2000 (Tahun 2013) *untuk kedua belah kaki
-pendaftaran, kad hospital, consultation dan treatment.
ii.Next visit : RM1200 *untuk kedua belah kaki.
iii.Penginapan : RM250 atau mungkin kurang
iv.flight ticket : harga tidak tetap.
hee.. don't feel afraid Puan. This is my own experienced. Might be different from yours. Every hospitals have their own doctors, skills and experiences. You just have to choose wisely. Do lots of reading, gain information as well as the parent's or patient's feedback.
Sy pun ada pengalaman, casting kaki anak tertanggal selepas sehari disimen. Actually, there is nothing we can do Puan. Casting yang tertanggal, disebabkan cara balutan simen yang mungkin agak longgar dan tidak kemas. Macam kes sy, anak sy meronta-ronta ketika proses casting dijalankan. Jadi memang senang casting tu nk slip off atau tertanggal.
Puan,
sy doakan semoga Puan dan Keluarga kuat semangat, sentiasa positif dan di beri kemudahan dan kesenangan sepanjang proses rawatan anak Puan nanti. Semoga anak Puan dan anak-anak di luar sana dpt pulih dan berjalan seperti anak-anak yg lain.
Hi Scha..thanks a lot with yr replied...all yr info is really help me..yr story had gv me hope and also help me being positive...
Hai miss.. still continue treatment di Hsi lg ke? Ok x treatment di sana.. having any problem x.. anak saya baru kali ke dua nak casting di sana..
By the way anak u start treatment di HSI umur berapa ye
Post a Comment